top of page

Dendam politik: Beri ruang kepada proses mahkamah hakimi Mahiaddin



Pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) perlu berlapang dada membenarkan proses mahkamah yang bebas menentukan sama ada pengerusi gabungan itu Mahiaddin Yassin yang didakwa 6 pertuduhan penyelewengan semalam bersalah atau tidak.


Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, pemimpin dan penyokong PN tidak wajar menuduh kononnya berlaku pendakwaan terpilih atau dendam politik ke atas Mahiaddin sebelum perbicaraan bermula dan hakim membuat keputusan.


"Bagi mereka (penyokong PN) ini satu perjuangan, kezaliman. (Lebih baik) kita serahkan kepada proses undang undang.


"Proses undang undang akan menentukan, seperti mana kita dulu (pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim).


"Betul kita juga bawa sokongan dari rakyat untuk Datuk Seri Anwar tetapi kita tidak memaksa orang dan kita juga tak mendesak. Tidak ada desakan ramai maka (proses) keputusan mahkamah akan berubah," katanya kepada Suara Keadilan.


Menyifatkan rakyat Johor kes melibatkan pemimpin PN dan tidak terlalu dibuai sentimen, Syed Ibrahim menasihatkan agar penyokong gabungan itu menghindari serangan politik ke atas Kerajaan Perpaduan, kerana mahkamah telah semakin bebas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam menjalankan perbicaraan atau menjatuhkan hukuman.


"(Biar) proses (mahkamah) itu terus berjalan. Kita berharap kepada proses mahkamah yang adil, terbuka untuk menentukan (sama ada bersalah atau tidak)


"Tidak perlu guna sentimen kezaliman, serangan politik atau (kononnya) pembunuhan karier politik," kata beliau lagi.



0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page