Denda RM10,000 langgar SOP: KEADILAN Johor tawar khidmat guaman percuma



KEADILAN Negeri Johor menawarkan khidmat guaman percuma kepada rakyat Johor yang dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid 19 yang mula dikuatkuasakan pada 11 Mac lalu.


Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Jimmy Puah Wee Tse, khidmat guaman itu bagi membantu individu yang mungkin membuat rayuan ke atas kadar kompaun atau sebarang masalah berkaitan hukuman tersebut.


"Bermula 11 Mac lalu kerajaan telah kuatkuasakan hukuman berat iaitu kompaun berjumlah RM10,000 hingga RM100,000 dan penjara maksimum 7 tahun sekiranya rakyat ingkar SOP pencegahan wabak Covid-19.


"Tidak menjadi kesalahan jika kerajaan menguatkuasakan sesuatu hukuman bertujuan mendidik rakyat agar mereka patuh kepada undang-undang, tetapi kerajaan juga perlu mengambil kira keadaan semasa rakyat yang terhimpit dengan masalah ekonomi seperti kehilangan kerja, pendapatan dipotong atau perniagaan merosot kesan daripada pandemik Covid 19.


"Sudah tentu nilai RM10,000 itu besar buat mereka untuk meneruskan kehidupan," katanya dalam satu kenyataan.


Sebaliknya, ADUN Bukit Batu itu mencadangkan agar kerajaan bertimbang rasa dengan mengenakan hukuman yang lebih ringan dan secara berperingkat menaikkan kadar kompaun sekiranya melakukan kesalahan berulang.


"Saya berpandangan, lebih molek jika kerajaan melaksanakan kompaun yang dinaikkan secara berperingkat. Contohnya, kesalahan pertama RM1,000, kesalahan kedua RM3,000, kesalahan ketiga RM5,000 dan kesalahan seterusnya RM10,000.


"Selain itu, kerajaan juga wajib bersikap adil dan tidak memilih kasih atau membezakan darjat antara hukuman kepada rakyat biasa dengan wakil rakyat kerajaan.


"Jika rakyat dikenakan kompaun RM10,000 maka Menteri juga patut dikompaun dengan jumlah yang sama. Tolong jangan ulangi peristiwa di mana ‘Makcik Gelang Pink’ dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 tetapi Khairuddin, Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi cuma didenda RM1,000. Walhal keduanya melakukan kesalahan yang sama iaitu ingkar arahan kuarantin," katanya lagi.


Justeru kata Jimmy, pasukan peguam dari KEADILAN Negeri Johor akan memberikan khidmat guaman pro-bono (percuma) kepada semua rakyat negeri itu yang dikompaun di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER