top of page

Denai Sungai Kebangsaan akan dibangunkan kekang pencemaran



Menjelang tahun 2030, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mensasarkan lebih banyak laluan pejalan kaki sepanjang sungai akan dibangunkan di negara ini.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata dengan pembinaan laluan itu, yang akan dinamakan sebagai Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dan pihaknya berharap ia akan menggalakkan aktiviti seperti berkelah, memancing dan berbasikal di sepanjang sungai dalam kalangan komuniti setempat.


Yang lebih utama jelasnya, dengan kehadiran orang ramai di kawasan terbabit, ia dapat menghalang pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa sekaligus menangani masalah pencemaran sungai dengan lebih berkesan.

"DSK ini juga berpotensi untuk menyumbang kepada eko-pelancongan setempat, seperti wujudnya pasar terapung di Pengkalan Datu yang menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.


"Pembinaan DSK dilaksanakan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Tahun ini, kita sasar membina denai sepanjang 1,000 km dan sepanjang 10,000 km menjelang 2030," katanya semasa mengadakan lawatan kerja ke Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, Kelantan pada Ahad.


Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai, kementeriannya akan bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri bagi mengenal pasti kawasan untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi melalui pembinaan denai dan aktiviti pengindahan sungai.


"Projek rintis DSK dimulakan dengan denai sepanjang hampir satu km bermula di kawasan belakang Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) dan melalui kawasan hutan bakau di sekitar Min House Camp, Kubang Kerian," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page