top of page

Demokrasi Malaysia hampir terkubur ekoran Parlimen digantung - Anwar



Demokrasi di Malaysia hampir dikuburkan berikutan pergantungan Parlimen yang tidak diketahui bilakah akan berakhir.


Bercakap dalam sesi wacana ‘Democracy Forum’ atas tema “Charting the Future of Parliamentary Democracy in Malaysia” anjuran International Strategy Institute (ISI) di Kuala Lumpur pagi tadi, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan mengenai soal semak dan imbang yang pincang selepas Parlimen tidak dibenarkan bersidang.


"Saya bangkitkan soal demokrasi di negara ini yang malap dan terkubur ekoran penggantungan sidang Parlimen, dan tekankan juga bahawa aspek semak imbang terus terancam di bawah pemerintah sekarang.


"Saya juga sentuh isu kemiskinan dan kesenjangan yang semakin meruncing ketika ini kesan dari wabak Covid-19. Saya berikan beberapa angka kemiskinan yang membimbangkan melibatkan kaum Melayu dan Bumiputera, komuniti Cina, masyarakat India serta kaum etnik Sabah dan Sarawak yang perlu diwacanakan dengan lebih terperinci," katanya dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berbicara mengenai isu rasuah yang dianggapnya menghakis etika kebertanggungjawaban institusi penting kerajaan sejak kebelakangan ini.


"Masalah rasuah dan kebejatan juga terus menghakis keyakinan kita pada institusi-institusi kerajaan dan etika kebertanggungjawaban.


"Agensi atau suruhanjaya yang berkaitan harus dicukupkan sumber serta diberi kebebasan untuk menjalankan tanggungjawab dalam membanteras gejala rasuah dan penyelewengan," katanya.


Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu menegaskan perlunya usaha meningkatkan kesedaran rakyat berhubung demokrasi dengan wacana berkaitan topik berkenaan harus dibawa ke segenap peringkat.


“Untuk meningkatkan kesedaran rakyat ia tidak harus terbatas pada wacana di bilik-bilik hotel tapi mesti turun ke bawah.


“Cerdik pandai dan golongan elit jangan hanya duduk selesa. Mereka mesti anggap ini sebagai tanggungjawab bersama,” katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page