top of page

Demo 'ciput' di Thai jadi modal pembangkang: Tuduhan ke atas PMX tidak berasas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Demonstrasi kecil di Thailand tidak mengubah persepsi rakyat Thailand dan Kemboja terhadap deklarasi damai
Demonstrasi kecil di Thailand tidak mengubah persepsi rakyat Thailand dan Kemboja terhadap deklarasi damai

Satu demonstrasi 'ciput' (kecil) di Thailand kini dijadikan modal oleh pembangkang untuk memburukkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), meskipun protes tersebut langsung tidak menggambarkan pendirian rakyat mahupun kerajaan Thailand.


Menurut aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Syam Ghaz, demonstrasi tersebut hanya digerakkan oleh Pichit Chaimongkol, seorang aktivis ultranasionalis pro-monarki yang pernah tewas dalam pilihanraya dan kini bergantung kepada politik jalanan untuk kelangsungan kerjayanya.


Bagi Syam Ghaz, demo kecil mempersoalkan peranan PMX bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam usaha deklarasi damai konflik sempadan Thailand-Kemboja tidak mengubah fakta bahawa PMX menjalankan misi damai atas permintaan rasmi kerajaan Thailand dan Kemboja.

Syam Ghaz
Syam Ghaz

"Demo ciput tu langsung tidak mengubah fakta bahawa PMX menjalankan misi damai atas permintaan rasmi kerajaan Thailand dan Kemboja sendiri, bukan kerana Malaysia “masuk campur” dan ia diiktiraf seluruh dunia," katanya dalam muat naik di Facebook.


Menurut Syam Ghaz lagi, PMX diminta secara rasmi oleh Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, untuk membantu menyelesaikan konflik yang merebak kepada pertempuran sempadan antara kedua-dua negara.


Katanya, PMX telah menjemput kedua-dua Perdana Menteri ke ibu negara untuk menandatangani Kuala Lumpur Peace Accord pada 26 Oktober 2025, disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.


Malaysia menjadi tuan rumah General Border Committee Meeting (GBC) — mesyuarat keselamatan tertinggi Thailand–Kemboja — yang berlangsung di Kuala Lumpur sebagai platform rasmi rundingan sebelum perjanjian damai dimeterai.


Manakala semua rundingan damai adalah bersifat bilateral antara Thailand dan Kemboja. Malaysia hanya bertindak sebagai fasilitator, bukan penentu keputusan.


"Tuduhan kononnya Malaysia campur tangan (hal ehwal dalam negara Thailand) adalah prejudis dan tidak berasas.


"Usaha pendamaian PMX turut disokong oleh semua negara ASEAN, dan Malaysia diiktiraf sebagai fasilitator damai yang berjaya membawa kedua-dua negara ke meja rundingan," katanya lagi.


Kenyataan itu menegaskan bahawa cubaan pembangkang mempolitikkan demonstrasi kecil tersebut hanya menunjukkan keputusasaan untuk merosakkan imej PMX, walhal dunia mengiktiraf peranan Malaysia sebagai pendamai serantau.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page