top of page

'Demo 1998 lawan sistem bobrok, demo 26 Julai agenda peribadi, jatuhkan PM'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 25
  • 2 min read

ree

Rakyat tidak perlu membazirkan masa mengikut anjuran pembangkang Perikatan Nasional (PN) memenuhkan jalan raya di Kuala Lumpur esok bagi menyertai himpunan Turun Anwar.


Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) Mustapa Mansor Amer Mohd Isa (gambar), tunjuk perasaan yang dilakukan pembangkang pada waktu ini tidak sama asas atau prinsipnya dengan yang dianjurkan oleh Otai Reformis pada 1998 lalu.


Katanya, demonstrasi pada waktu itu untuk menentang sistem yang dimanipulasi oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Sedangkan sistem pentadbiran ketika ini tidak dimanipulasi oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah cuba direformasikan untuk mengikut lunas peraturan atau rule of law.


"Pada 1998 kita menentang Tun Mahathir ketika itu adalah kerana menentang sistem yang rosak," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau diminta mengulas laporan Malaysiakini menyatakan Ketua Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata bahawa "Himpunan Turun Anwar" mensasarkan Anwar Ibrahim secara peribadi dan bukannya struktur Kerajaan Perpaduan secara keseluruhan.


Bagi Mustapa, jelas himpunan yang dilakukan esok terlalu peribadi sifatnya, iaitu untuk menjatuhkan susuk Anwar, bukannya merubah sistem kepada yang lebih baik..


Selain itu, beliau juga kesal kebebasan berhimpun yang diberikan pentadbiran Anwar telah disalahgunakan pembangkang dalam menganjurkan beberapa siri demonstrasi sebelum ini.


Katanya, reformis tidak pernah menunjuk perasaan di hadapan rumah pemimpin UMNO pada 1998 sebagaimana penyokong PN berdemonstrasi di rumah abang Anwar di Permatang Pauh dua minggu lalu.


"Masa itu (1998) kita tidak pernah buat demo pergi ke rumah pemimpin UMNO. Tempat kita berkumpul adalah di Chow Kit ke Dataran Merdeka, tempat awam. Hari ini, dua minggu lalu mereka berdemo sampai ke rumah keluarga PM, ini keterlaluan dalam kebebasan bersuara.


"Kita ingin kebebasan tetapi kalau sampai buat demo ke rumah orang, ini sudah melampau," katanya.


Beliau dalam pada itu juga kesal dengan sikap mahasiswa institusi pengajian tinggi yang mencaci polis dalam himpunan mereka, biarpun polis hanya mengawasi himpunan, jauh daripada menerima nasib seperti reformis 1998 yang dibelasah, dikejar, disembur air asid dan gas pemedih mata.


"Mahasiswa buat demo mengutuk polis. Nampak jadi provokasi. Ini bukan demo yang betul dan mengikut undang undang.


"Kerajaan beri kemudahan berhimpun, itu hasil reformasi yang kita perjuangkan. Rakyat dapat berhimpun, bersuara sekarang. Sebenarnya bila perkara ini dapat dinikmati, ini hasil perjuangan panjang yang dimulakan Datuk Seri Anwar," katanya.


Sehubungan itu, kata Mustapa Mansor, beberapa NGO termasuk PKORM pada esok akan membuat serahan memorandum ke pejabat PN di beberapa buah negeri bagi menjelaskan alasan pembangkang turun berdemonstrasi pada 26 Julai telah tidak lagi relevan.


Tuntutan pendemo itu, sama ada telah diselesaikan dengan baik oleh pentadbiran PM atau sedang diusahakan jalan penyelesaian.


"Tujuan serahan memo kepada PN adalah untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia bukan sepnuhnya menyokong (himpunan) seperti mana yang disebarkan oleh pembangkang.


"Mereka menyebarkan 9 point, hampir kesemua point yang mereka siarkan itu tidak mempunyai asas atau merupakan fitnah. Ambil contoh mudah, mereka adakan himpunan kerana mata wang kita jatuh. Namun realitinya setelah kita lihat laporan, kita dapati ringgit antara 10 mata wang terbaik dunia saat ini. Ini merupakan fitnah," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page