Demi Sabah, Sarawak pindaan Pelembagaan MA63 perlu diteruskan - PH



Pakatan Harapan (PH) kecewa dan kesal terhadap sikap Kerajaan Perikatan Nasional 2.0 yang menangguhkan pindaan Perlembagaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Menurut kenyataan Majlis Presiden PH, tiada sebab pindaan yang seharusnya diluluskan pada 28 Oktober ini ditangguhkan demi mempermudahkan usaha membangunkan Malaysia Timur.


"Kami difahamkan berdasarkan laporan media Rang Undang-Undang tersebut akan dibentang di Parlimen pada 26 Oktober, namun ia tidak akan dibahas dan diluluskan pada 28 Oktober seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.


"Penangguhan ini berlaku walaupun proses perbincangan dan rundingan telah diadakan selaras dengan Perkara 5 Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan dan PH," kata mereka.


Sesuai dengan memoradum kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan PH maka usaha pindaan tersebut akan mendapat sokongan penuh serta tidak wajar ditangguhkan ke tarikh lain atau pun tidak dilakukan pada sesi sidang kali ini.


PH menurut kenyataan tersebut, amat menyokong usaha mengubah status Sabah dan Sarawak menjadi 'negeri' di dalam Persekutuan Malaysia.


"PH semestinya menyokong penuh usaha ini, yang merupakan kesinambungan usaha pimpinan PH sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti yang diangkat oleh Datuk Seri Anwar pada 2008, serta pendirian Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 yang telah mengubah status Sabah dan Sarawak dari ‘wilayah’ menjadi ‘negeri’.


"Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) perlu memberi komitmen untuk segera melaksana pindaan ini demi keadilan buat rakyat Sabah dan Sarawak," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER