Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima kunjungan menghadap delegasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Istana Negara.
Menurut Menteri MOSTI, Chang Lih Kang, kunjungan itu bertujuan menyembah maklum peranan kementerian tersebut kepada Agong.
"Dalam sesi mengadap tersebut, saya menyembah maklum mengenai peranan MOSTI dalam pembangunan ekonomi negara serta perkembangan terkini yang terkait dengan perihal dan kesejahteraan rakyat.
"Patik merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Duli Tuanku atas kesudian meluangkan masa," katanya dalam catatan di Facebook.
Selain Lih Kang, delegasi MOSTI diwakili oleh Timbalan Menteri, Datuk Muhammad Yusof Apdal, KSU, Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim dan SUB Perancangan Strategik, Dr Noraisah Sapahat.
Comments