top of page

Deklarasi Gombak Bermaruah: 5 tekad untuk 5 tahun



Gombak merupakan medan tempur hadapan pagi Pakatan Harapan menentang pengkhianat Langkah Sheraton.


Bagaimanapun rakyat bukan hanya dibawa untuk menyetujui sentimen menolak pengkhianat semata mata oleh calon Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari, sebaliknya beliau turut menawarkan manifesto pembangunan terbaik buat warga kawasan itu sekiranya memilih sekali lagi PH mewakili mereka.


Sehubungan itu, Amirudin melancarkan 'Deklarasi Gombak Bermaruah: 5 tekad untuk 5 tahun' bagi memperbaiki segala aspek kehidupan warga Gombak.


"Deklarasi ini mengandungi 5 tema utama dan dibuat setelah saya menyantuni sebahagian besar warga Gombak termasuk ketua komuniti juga sepanjang masa saya bertugas sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor dan Menteri Besar.


"Bagi ekonomi tempatan saya bertekad akan memberdayakan golongan wanita dengan latihan kemahiran tambahan. Termasuk galakan perniagaan dalam talian usahanita di Gombak.


"Kita akan bangunkan kawasan R & R bagi e-halling dengan fasiliti wi fi, mengecas telefon, bilik mandi dan ruang solat. Sekali gus membela kebajikan penunggang e-halling di Gombak," katanya.



ADUN Sungai Tua itu juga mahu pertanian bandar diusahakan oleh warga Gombak bagi menjamin sekuriti makanan dan memastikan harga terjamin berpatutan.


"Kita akan memajukan pertanian tempatan bagi menampung keselamatan bekalan makanan. Walaupun sebahagaian besar kawasan Gombak telah terbina dengan perumahan namun kita mengaktifkan pertanian bandar di lokaliti tertentu. Teruatma Ulu Yam dan kawasan berdekatan jalan Gombak," katanya.


Selain itu, beliau juga berjanji akan menyediakan rumah mampu milik yang sesuai dengan kerjasama anak syarikat kerajaan Selangor.


"Rumah mampu milik Gombak akan disediakan dengan fasiliti lengkap, akan menyelesaikan secara menyeluruh pemilikan strata di Ulu Kelang AU1 dan AU2 di Sungai Tua dan Gombak Setia.


"Rumah rumah yang dibina di rizab sungai dan rizab jalan kita akan cari jalan untuk memberi penempatan lebih baik untuk mereka dan mendapatkan tanah hak milik yang sesuai," katanya.


Amirudin juga berjanji akan membina kemudahan sukan yang lebih baik termasuklah mini stadium, juga kompleks warga emas yang mempunyai fasiliti lengkap dalam tempoh 2 tahun.


Gombak juga, katanya, akan dibina kawasan penjaja yang lebih sesuai bagi menyediakan lebih banyak peluang perniagaan makro.


Satu dana komuniti Gombak, katanya, akan ditubuhkan dengan sumbangan wang gaji Ahli Parlimen Gombak serta sumbangan pihak swasta.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page