top of page

Deepavali: Semoga perayaan cahaya membawa harapan, kebahagiaan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
14 hours ago
1 min read
Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Fahmi Fadzil
Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berharap perayaan Deepavali hari ini akan membawa harapan, kebaikan dan kebahagiaan kepada setiap rakyat yang merayakannya.


"Semoga cahaya perayaan ini membawa harapan, kebaikan dan kebahagiaan kepada setiap keluarga," katanya.


Beliau yang juga Ketua Penerangan KEADILAN turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya, khususnya sepanjang musim perayaan.


Sementara Timbalan Menteri Komunikasi dari DAP, Teo Nie Ching turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia.


"Semoga cahaya Deepavali menerangi setiap rumah dengan kegembiraan, kesihatan dan kesejahteraan.


"Semoga ia juga terus menyuburkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian, yang menjadi kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia," katanya.


Nie Ching turut mengingatkan mereka yang pulang ke kampung halaman supaya memandu dengan cermat dan mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan.


"Kepada yang pulang ke kampung, pandu dengan cermat dan selamat sampai ke destinasi," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page