Rafizi Ramli merupakan antara salah satu individu yang memainkan peranan penting dalam membongkarkan salah laku bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Beliau yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Pandan sanggup mendedahkan laporan audit 1MDB sehingga berdepan pertuduhan di mahkamah kerana mendedahkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Pengorbanannya itu menyebabkan rakyat bangkit dan menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Selepas dua tahun kes dibicarakan di mahkamah, Najib akhirnya didapati bersalah dalam semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Walaupun Rafizi sudah mengundur diri dari dunia politik, keputusan itu cukup untuk membuatkan dirinya berasa terharu.
"Saya jarang cakap pasal politik ketika ini, tetapi saya menghabiskan masa bertahun-tahun di barisan hadapan menghadapi skandal 1MDB dan SRC sebagai Ahli Parlimen.
"Saya tidaklah mengharapkan sangat pada waktu itu, tapi saya rasa segala kepayahan yang dialami selama ini sangat berbaloi pada hari ini.
"Syabas Malaysia," katanya di akaun Twitter peribadinya.
Syabas juga buat semua barisan hadapan yang bertungkus-lumus berjuang menentang korupsi dan kleptokrasi.
Comments