top of page

Dedah kos sebenar pembelian vaksin Covid-19

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Dec 24, 2020
  • 1 min read

Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya mendedahkan kos sebenar pembelian vaksin Covid-19.


Beliau mendakwa, terdapat laporan tular yang menyatakan Kerajaan Belgium membayar RM 1 bilion untuk 33 juta dos vaksin berbanding Kerajaan Malaysia yang membayar RM 3 bilion untuk 10 juta dos vaksin dari sumber yang sama.


"Kemana perginya baki 23 juta dos vaksin atau kemana perginya lebihan RM2 bilion tersebut?


"Jika benar apa yang telah tular ini, kerajaan wajib bertanggungjawab sepenuhnya kerana telah mengkhianati seluruh rakyat Malaysia. Rakyat sedang dihimpit masalah kesenjangan ekonomi, kerajaan pula sedang rakus mengaut untung komisen untuk tembok sendiri," katanya.


Justeru, Abdullah meminta kerajaan supaya menghentikan segala gejala rasuah demi kepentingan diri sendiri.


"Saya ingin memberi amaran kepada kerajaan jangan sesekali menghidupkan kembali budaya rasuah dan jangan sesekali menggunakan dana awam untuk kepentingan politik tertentu bagi menghadapi PRU-15.


"Rakyat sedang memerhati segala perbuatan kerajaan hari ini dan bersedia untuk menghukum kalian bila tiba pada masanya," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page