top of page

Debat Rafizi - pemimpin Pas malam ini

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 9, 2023
1 min read


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mempelawa orang ramai menonton debat antara beliau dengan pimpinan Perikatan Nasional (PN) pada jam 9.30 malam ini.


Melalui satu hantaran di media sosialnya, Rafizi memaklumkan debat yang akan membincangkan tajuk “Model baru ekonomi Malaysia” akan disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan dalam talian.


Ia menurut Timbalan Presiden KEADILAN itu diharap akan menjadi medan untuk rakyat menilai secara objektif rancangan dan hala tuju ekonomi yang akan dibentang dan didebatkan.


"Debat akan disiarkan secara langsung jam 9.30 malam. Debat juga boleh diikuti secara “online”.


"Saya pohon sebarkan dan mengajak seluruh rakyat mengikuti sesi debat ini. Kita jumpa Rabu," katanya.


Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Awani dijangka akan menyiarkan debat antara Rafizi dan Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd. Syahir Sulaiman.


Debat juga boleh diikuti secara atas talian melalui aplikasi RTM Klik dan aplikasi Astro GO.


Syahir menyambut cabaran itu selepas dua pemimpin kanan PN Sanusi Md Nor dan Azmin Ali menolaknya.


Rafizi menganjurkan debat itu alasan memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat, berbanding tumpuan kepada retorik siapa lebih Melayu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page