Debat Perdana di antara Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri Najib Razak dijadual diadakan pada 12 Mei ini.
Menurut kenyataan bersama Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil dan wakil Najib Razak, Isham Jalil, debat itu akan dilangsungkan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
"Kami, Fahmi Fadzil mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Isham Jalil mewakili Datuk Seri Najib Razak ingin mengumumkan bahawa Debat Perdana di antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib akan diadakan pada hari Khamis 12 Mei 2022, jam 9.00 malam, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
"Debat Perdana ini akan dapat disaksikan secara langsung, sama ada melalui saluran media media yang akan diumumkan kemudian atau secara fizikal di Dewan Tunku Canselor di atas jemputan Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib
"Maklumat terperinci berhubung kehadiran fizikal akan diumumkan kemudian," katanya.
Menurut mereka lagi, format debat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu membincangkan mengenai penyelamatan Sapura Energy Berhad, masa depan negara dan sesi soal jawab.
"Pertama, berhubung permasalahan yang dihadapi syarikat minyak dan gas Sapura Energy serta sama ada ianya perlu diselamatkan atau tidak
"Kedua, berhubung masa depan Malaysia merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara. Ketiga, sesi soal jawab
"Kami percaya ramai yang menantikan Debat Perdana ini. Kami juga percaya acara ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menilai dan meraikan idea, hujah serta pandangan yang berbeza dalam suasana aman yang mencerminkan budaya berpolitik yang lebih matang," kata mereka lagi.
Comments