top of page

Debat antara agama perlu dibatalkan, berpotensi cetus ketegangan - Menteri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 11
  • 1 min read


Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang menggesa agar debat atau perbincangan yang melibatkan agama tidak seharusnya diteruskan ketika seorang ahli parlimen mahu mengadakan program tersebut dengan seorang pendakwah Islam berkaitan agama Hindu.


Beliau berkata debat atau perbincangan yang terlalu fokus kepada perbezaan agama berpotensi mencetuskan ketegangan dan mengeruhkan hubungan antara masyarakat yang berbilang agama di Malaysia.


"Saya berharap agar perdebatan melibatkan agama tidak diteruskan oleh mana-mana pihak yang terbabit khususnya yang melibatkan Datuk Seri Saravanan, Ahli Parlimen Tapah dan Zamri Vinoth," katanya dalam kenyataan hari ini.


Aoron berkata perbincangan atau perdebatan yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya diteruskan jika ia hanya bertujuan untuk mencari perbezaan dan mengabaikan usaha untuk membina perpaduan.


"Perbincangan mengenai agama seharusnya dilakukan dengan penuh rasa hormat dan kesedaran terhadap kepelbagaian dalam masyarakat kita.


"Walaupun kita mempunyai pelbagai agama dan kepercayaan, adalah lebih utama untuk kita memberi fokus kepada titik persamaan dan nilai-nilai universal yang dapat menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia," ujarnya.


Pada Jumaat lalu, Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC dilapor menetapkan tarikh debat bersama Zamri pada 23 Mac ini, susulan kenyataan kontroversi pendakwah berkenaan mengumpamakan pembawa kavadi ketika sambutan Thaipusam dengan individu yang dirasuk atau mabuk.


Meta telah bertindak menurunkan hantaran yang dibuat Zambri itu di Facebook.


Zambri bagaimanapun berkeras bahawa apa yang dikatakannya itu adalah fakta.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page