DEB lebih kepada ekuiti Melayu, jurang kaya miskin dilupakan - Nik Nazmi
- Redzuan Shamsudin
- Aug 2, 2022
- 1 min read

Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang amat menumpukan kepada masalah pegangan ekuiti Melayu dan menambahkan saham kelompok tertentu telah menyebabkan keseimbangan jurang kaya - miskin dalam masyarakat Melayu bertambah lebar.
Ahli Parlimen Nik Nazmi Nik Ahmad (PH - Setiawangsa) berkata, kerajaan seharusnya menumpukan juga masalah ketidakseimbangan ekonomi berkenaan yang menggugat keadaan sosial negara ketika ini.
"Setiawangsa setuju kejayaan DEB dalam sektor pendidikan dan membabitkan kelas menengah Bumiputera
"Tetapi adakah pihak kerajaan bersetuju bahawa penekanan yang terlalu banyak terhadap ekuti telah mengabaikan dari soal jurang kaya dan miskin.
"Bila soal ekuiti, kita tidak lagi dapat menjawab soal nominee yang dibangkitkan beberapa bulan lepas sedangkan fokus sepatutnya golongan Bumiputera masih lagi termiskin dari soal jurang kaya miskin dan pekerjaan berkualiti," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat, sesi pagi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menjawab jurang kaya miskin perlu diutamakan kerana biar pun DEB telah berjaya melahirkan kelas menengah Melayu namun masih terdapat jurang pendapatan yang luas.
Comments