top of page

DBKL pasang pagar Padang Merbok, Ahli Parlimen tuntut penjelasan



Dua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan hari ini menuntut penjelasan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di atas pemasangan pagar jenis galvanized iron yang dikatakan sebagai struktur sementara dalam tempoh menaiktaraf Padang Merbok, berhampiran bangunan Parlimen.


Dalam sidang media Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh pagi tadi, mereka meragui penjelasan yang diberikan dalam balasan tweet Hannah kepada Timbalan Menteri Wilayah bahawa struktur itu bukan binaan kekal.


Bagi Fahmi, pagar galvanized iron bukan untuk binaan sementara kerana kos pemasangannya yang tinggi.


"Saya lihat ada beberapa perkara yang janggal. Kalau pagar ini sementara ia semestinya menelan belanja agak tinggi (tidak wajar untuk binaan sementara). Kita lihat ini pagar tetap sebagaimana dipasang di banyak tempat.


"Di Kuala Lumpur kita lihat pagar ini meski pun agak rendah tetapi digunakan sebagai pagar melarang aktiviti daripada berlaku


"Jika pagar ini kekal, maka banyak aktiviti rekreasi akan tergendala atau terganggu.


"Kita nampak ada tiang gol bagi permainan ragbi (di padang) atau apa pun peralatan sukan jika terpelanting keluar, maksudnya mereka yang mengadakan aktiviti riadah terpaksa pergi jauh (berpusing) kerana pagar hanya ada 3 pintu," katanya dalam sidang media bersama wartawan.


Pintu pagar yang kecil tidak sesuai untuk aktiviti perhimpunan

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu lagi, beliau tidak menghalang proses naiktaraf padang tetapi menteri harus memberi penjelasan, terutama berkenaan kos pagar dan kos naiktaraf padang.


"Kita pohon timbalan menteri untuk menyatakan berapakah kos memasang pagar sementara seperti yang beliau dakwa.


"Kedua apakah kos upgrade padang ini?


"Kalau pagar ini adalah tetap pula, bagaimana tempat duduk pengunjung di sebelah sana, mereka yang datang untuk menonton aktiviti sukan terpaksa duduk di bekalang pagar.


"Kita perlukan penjelasan," katanya


Fahmi juga menasihatkan menteri agar memaklumkan kepada Ahli Parlimen Segambut secara lengkap mengenai projek berkenaan kerana Padang Merbok terletak di dalam kawasan beliau.


"Memandangkan perkara ini berlaku dalam kawasan beliau, beliau perlu dimaklumkan. Pandangan saya, bincang dengan Ahli Parlimen. Beliau telah dipilih secara sah dalam PRU lalu. Sekiranya boleh dicari jalan penyelesaian, itu lebih bermanfaat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page