top of page

Datuk Dr Siddiq Fadzil, bekas presiden ABIM meninggal dunia


Bekas Presiden ABIM, Datuk Dr Siddiq Fadzil meninggal dunia petang tadi di Hospital An Nur Bangi.


Allahyarham yang merupakan sahabat dan rakan seperjuangan kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.30 petang tadi, di usia 74 tahun.


"Dengan rasa sedih dan penuh dukacitanya disampaikan bahawa Presiden ABIM ketiga juga Murabbi kita, Prof. Ustaz Dato’ Dr Siddiq Fadhil (USF) telah kembali menemui Penciptanya pada jam 6.32 petang, Selasa 31 Ogos 2021.


"Jenazah Almarhum masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan dimaklumkan kelak. Al-Fatihah," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh ABIM.


Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dibantu dengan alat pernafasan sejak 28 Ogos lepas kerana mengalami masalah pernafasan dan buah pinggang.


Ustaz Siddiq Fadzil pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada sekitar tahun 1970an.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page