Oleh: Abdullah Zaid
Dakwaan pembangkang bahawa dasar penyarasan subsidi diesel hanya untuk memeras wang rakyat kerana ekonomi telah merudum terbukti salah apabila pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan mata wang ringgit mengukuh.
Bagi Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, pembangkang sepatutnya menilai berasaskan fakta dan bukannya emosi dalam mengkritik polisi kerajaan
Dalam isu penyasaran susbidi diesel pula, katanya, polisi kerajaan menunjukkan hasil positif apabila berkurangnya penyeludupan dan kerajaan mampu menjimatkan berbilion ringgit.
"Ramai tak faham manfaat dasar rasionalisasi subsidi diesel ialah pembenterasan penyeledupan sehingga 30% minyak diesel ke negara-negara jiran.
"Saya percaya pihak Perikatan Nasional (PN) tidak menyokong golongan penyeludup tetapi kenapa pula mereka tidak mengakui dasar Kerajaan Madani ini memang efektif dan baik," katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut beliau lagi, hal yang penting pada waktu ini ialah pembangkang perlu lebih berperanan memberi kritikan membina kerana kekuatan ekonomi negara yang cuba dibina Kerajaan Madani akan membawa manfaat kepada semua pihak.
"Adakah PN cuma minat berpolitik tanpa memberi cadangan yang boleh menolong ekonomi negara?
"Kita perlu tahu bahawa wang yang dapat dijimatkan daripada aktiviti penyeludupan diesel akan diagihkan kepada golongan termiskin," ujarnya lagi.
Bình luận