top of page

Dasar pembangunan kanak-kanak Selangor atasi masalah bantut



Oleh: Abdullah Zaid


Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022 hingga 2025 perlu disambut semua pihak bagi mengatasi masalah bantut di negeri ini.


Menurut Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Muhammad Iqbal Hakim Saiful Affandee, statistik yang dilaporkan Berita Harian menunjukkan Selangor paling ramai bantut Malaysia iaitu seramai 110,480 orang melalui tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun lalu.


Katanya, keadaan berkenaan membimbangkan apabila data itu meningkat jika dibandingkan data 2019 dan 2015.


"(Masalah) budak bantut didorong pelbagai faktor, termasuk kekurangan nutrisi sejak lahir berikutan kemiskinan dan kekurangan pendidikan dari ibu bapa.


"Kesannya, mereka tidak mencapai tahap tumbesaran yang ideal apabila mereka meningkat usia.


"Tahap kesihatan dan psikososial kanak-kanak juga akan terkesan jika perkara ini dibiarkan berlaku tanpa sebarang tindakan yang berterusan," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi program ABIM Selangor mengatasi masalah berkenaan, Muhammad Iqbal Hakim berkata, Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak-anak (PEKA) diwujudkan bertujuan memberi kesedaran khusus kepada keluarga muda.


Katanya, pengwujudan program tersebut menunjukkan ABIM Selangor komited dan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mengurangkan masalah kanak kanak bantut di Selangor.


"Semoga masalah ini tidak hanya menjadi berita semata-mata, tetapi dapat menjadi pencetus kepada tindakan positif dan terarah demi kebaikan masa depan anak-anak di negeri Selangor," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page