top of page

Dasar pelaksanaan 5G dibentangkan suku pertama tahun ini



Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan membentangkan dasar pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) ke Jemaah Menteri sebelum penghujung suku pertama tahun ini.


Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata setakat ini pihaknya telah bertemu dengan Kementerian Kewangan, pengendali syarikat komunikasi dan pihak DNB untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara tersebut.


"Perbincangan hala tuju itu masih memerlukan sedikit masa lagi, kita telah mendapat maklum balas daripada semua pihak dan pada waktu ini Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Kementerian Kewangan sedang meneliti apakah langkah dan kesan sekiranya kita mengambil sebarang pilihan yang dilakukan.


"Saya jangka sebelum penghujung suku pertama 2023, kita akan dapat bentangkan kepada Jemaah Menteri dan daripada situ saya percaya pihak kerajaan akan mengumumkan berhubung dasar pelaksanaan rangkaian 5G," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi perjumpaan bersama warga KKD Kelantan semalam.


Untuk rekod, pada Disember lalu Fahmi menegaskan pihaknya mahu segera menyelesaikan isu rangkaian 5G di negara ini.


Langkah itu tegasnya bagi membolehkan rakyat, sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat menggunakan infrastruktur tersebut sekaligus akan membantu melonjakkan aktiviti perniagaan industri atau kehidupan seharian


Sementara itu Fahmi ketika bercakap kepada pemberita semalam turut berkata pihaknya sedang dalam proses perbincangan untuk menubuhkan satu pusat kawalan komunikasi bagi mengatasi masalah rangkaian internet di beberapa kawasan yang terjejas.


"Ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu lepas, baginda ada sampaikan titah mengenai masalah internet yang dihadapi komuniti di Kuala Boh, Cameron Highlands, Pahang.


"Kita lihat banyak masalah seperti itu dan saya telah minta Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching untuk bekerjasama dengan SKMM untuk wujudkan satu pusat kawalan komunikasi dengan mengenal pasti lebih awal kawasan yang menghadapi masalah akses rangkaian Internet," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page