Dasar menangguh, membatalkan projek baharu kerajaan tidak jelas



Dasar yang diumum untuk menangguh atau membatalkan projek baharu kerajaan tidak jelas.


Ahli Parlimen Fahmi Fadzil (PH - Lembah Pantai) memohon kerajaan menjelaskan perkara tersebut dalam usaha menjimatkan kewangan negara ketika ekonomi masih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik ketika ini.


"Saya minta Perdana Menteri menyatakan perancangan kerajaan untuk menyatakan dasar menangguh atau membatalkan projek baharu serta menamakan projek tersebut (berdasarkan kawasan) dengan kos yang dijimatkan," katanya dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri sidang Dewan Rakyat, sesi pagi.


Menteri Tugas tugas Khas Datuk Seri Mustapha Mohamed bagaimana pun tidak menjawab secara menyeluru pertanyaan berkenaan.


Beliau berkata, projek yang ditanguhkan melibatkan projek baharu dan sedia tetapi belum diadakan proses pemerolehan dan belum diiklankan.


Termasuklah projek bukan keutamaan dan tidak memberi impak segera kepada rakyat atau pun yang menghadapi masalah kelulusan tapak tanah.


Namun beliau enggan memberikan senarai projek-projek dalam setiap kawasan Parlimen.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER