top of page

Dasar kebangsaan berkaitan sisa plastik sedang diusahakan - Nik Nazmi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan sedang mengusahakan dasar kebangsaan mengenai pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik berdasarkan Perjanjian Plastik Global (GPT).


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad melalui satu kenyataan berkata, Malaysia setakat ini sudah mengambil bahagian dalam empat pusingan rundingan antarabangsa mengenai GPT.


"Seperti diketahui umum, sisa plastik memerlukan sekurang-kurangnya 500 tahun untuk diuraikan secara semula jadi.


"Perkara ini tidak boleh dipandang entang dan memerlukan kerjasama semua piha dalam mengurus dan menangani pencemaran plastik," katanya dalam kenyataan bersempena sambutan Hari Bumi bertemakan 'Planet vs Plastics' pada Isnin.


Mengulas lanjut Nik Nazmi berkata, penglibatan Malaysia dalam rundingan GPT antara lain untuk Membangunkan Instrumen Antarabangsa Yang Mengikat Secara Sah mengenai Pencemaran Plastik, Termasuk dalam Alam Sekitar Marin (INC).


Selaras dengan agenda kelestarian alam, kerajaan jelasnya turut mempunyai Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia (2021-2030) dan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna (2018-2030).


"Saya berharap agar hebahan dan promosi bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar terus dipertingkat.


"Saya juga telah mengarahkan agar undang-undang yang mengawal pencemaran plastik disemak semula untuk mengukuhkan langkah-langkah menangani pencemaran plastik," tambahnya.


Dalam kenyataan sama Nik Nazmi turut memberitahu, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) ketika ini mengetuai delegasi Malaysia ke siri rundingan INC keempat (INC-4) yang bermula hari ini hingga 29 April ini di Ottawa, Kanada.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page