top of page

Dasar Gaji Progresif beri manfaat 1.05 juta pekerja, tingkat caruman KWSP



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Ekonomi, memberi bayangan Dasar Gaji Progresif yang dibentang hari ini mampu memberi manfaat kepada 1.05 juta pekerja dengan andaian pemberian insentif sebanyak RM2 bilion.


Menterinya, Rafizi Ramli berkata, usaha itu akan memberi tambahan kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM790 juta, dan hasil cukai pendapatan sebanyak dijangka RM1.8 bilion pada tahun pelaksanaan.


"Kenaikan gaji pekerja juga akan memberi kesan positif dari segi peningkatan produktiviti dan pengurangan kadar pengangguran, di samping menambah baik bahagian pampasan pekerja kepada KDNK.


"Walaupun dasar ini akan meningkatkan kadar inflasi akibat peningkatan permintaan pengguna dan kuasa beli, kesan positif pertumbuhan ekonomi dilihat akan mengimbangi peningkatan kadar inflasi dalam jangka masa panjang," katanya ketika membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif di Dewan Rakyat, hari ini.


Justeru, bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan, Rafizi memaklumkan penubuhan tiga jawatankuasa merentasi kementerian antaranya Jawatankuasa Khas Kabinet, Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.


"Jawatankuasa Khas Kabinet berfungsi untuk menetapkan hala tuju dan strategi serta memantau status pelaksanaan.


"Selain itu, Jawatankuasa Eksekutif pula menyelaras pelaksanaan dasar, mengenal pasti dan mengemukakan cadangan intervensi bagi isu yang timbul, menyemak cadangan panduan kenaikan gaji tahunan dan melaksana pengurusan risiko," ujarnya.


Sementara itu, kata Rafizi, Jawatankuasa Kerja akan mempunyai empat bahagian iaitu pembangunan dasar, pembangunan sistem, peningkatan kemahiran dan panduan kenaikan gaji tahunan.


"Jawatankuasa Kerja akan memulakan gerak kerja pada bulan Disember ini untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif," jelasnya.


Rafizi memberi bayangan projek rintis Dasar Gaji Progresif tersebut akan bermula pada Jun 2024 melibatkan 1,000 syarikat.


"Penilaian impak akan dibuat terhadap keberkesanan projek rintis itu sebelum ia dilaksanakan secara menyeluruh," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page