top of page

Dasar Belia Selangor 2020 Pandu Pembangunan Belia



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi berjaya merangka sebuah dasar berkaitan pembangunan belia yang dikenali sebagai Dasar Belia Selangor 2020, dasar tersebut adalah kesinambungan kepada usaha yang telah dilakukan sebelum ini dengan merangka Dasar Belia Selangor 2015.


Dasar tersebut dilihat penting untuk dirangka memandangkan Pelan Tindakan SMART Selangor 2025 telah menggariskan keperluan untuk golongan belia terlibat dalam insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor, menggunakan dasar tersebut maka penglibatan golongan belia dapat dimaksimakan. Dasar Belia Selangor 2020 juga telah diselaraskan dengan Rancangan Selangor Pertama, justeru apabila berakhirnya tahun 2025 maka usaha yang telah digerakkan melalui perancangan Dasar Belia Selangor 2020 akan turut membantu kerajaan Negeri Selangor merealisasikan objektif Rancangan Selangor Pertama.


Dasar Belia Selangor 2015 yang dimulakan oleh YAB Datuk Seri Amirudin Shari semasa beliau menjawat jawatan selaku Exco Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan untuk Negeri Selangor telah diteruskan oleh YB Mohd Khairuddin Othman melalui perlaksanaan Dasar Belia Selangor 2020.


Dasar Belia Selangor 2020 telah menetapkan 10 domain yang dilihat perlu diberi perhatian dalam kalangan golongan belia di Negeri Selangor dan ia perlu dicapai dalam tempoh masa 10 tahun, kelebihan Dasar Belia Selangor 2020 jika dibandingkan dengan Dasar Belia Malaysia adalah fokus yang diberikan terhadap keseimbangan alam sekitar (9 domain lain serupa dengan bidang keutamaan yang digariskan di dalam Dasar Belia Malaysia).


Kesedaran jaga alam sekitar


Kerajaan Negeri Selangor menyedari bahawa kempen kesedaran penjagaan alam sekitar kini hanya dilakukan secara bermusim, penglibatan golongan belia terhadap program alam sekitar juga adalah rendah dalam kalangan rakyat Negeri Selangor. Justeru Dasar Belia Selangor 2020 telah mencadangkan pemberian geran dan Inisiatif Usahawan Belia Hijau sehingga berakhirnya tahun 2030 dilakukan secara berterusan bagi memastikan belia dapat dilibatkan dengan berkesan terhadap isu alam sekitar.

Mohd Fauzi Fadzil

Dasar Belia Selangor 2020 telah mencadangkan beberapa pelan tindakan yang menarik untuk diperhalusi oleh pentadbiran kerajaan Negeri Selangor, cadangan pertama adalah untuk mewujudkan sebuah enakmen khusus berkaitan pembangunan belia bagi menampung perlaksaan Dasar Belia Selangor 2020.


Penggubalan enakmen tersebut adalah serupa dengan penggubalan Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 (Akta 668) diperingkat kerajaan Persekutuan. Enakmen Pembangunan Belia Negeri Selangor ini akan menjadi punca kuasa yang mengkehendaki pentadbiran kerajaan negeri memperuntukkan perhatian, usaha dan dana terhadap pencapaian domain-domain yang digariskan oleh Dasar Belia Selangor 2020.


Raikan had umur Belia Dewasa


Dasar Belia Selangor 2020 turut mencadangkan agar sebuah kumpulan umur baru diperkenalkan bagi meraikan penurunan had umur belia dari 40 kepada 30 tahun seperti yang dikehendaki oleh Akta 668 Pindaan 2019. Kumpulan umur baru yang dicadangkan dikenali sebagai Belia Dewasa di mana mereka berada dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun, melalui pengenalan had umur tersebut golongan belia akan mula didefinisikan sebagai individu antara umur 15 hingga 30 tahun selaras dengan piawaian antarabangsa sekaligus menyelesaikan polemik penurunan had umur belia yang bermula semenjak tahun 2015. Golongan Belia Dewasa di Negeri Selangor dapat terus dilibatkan di dalam agenda pembangunan belia Negeri Selangor disamping dipersiapkan untuk menempuh alam dewasa.


Cadangan terakhir oleh Dasar Belia Selangor 2020 adalah untuk menubuhkan sebuah institut penyelidikan dan pembangunan belia untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri mendapatkan gambaran kehendak dan halatuju belia di Negeri Selangor.


Pembentukan institut berkenaan adalah serupa dengan penubuhan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melalui penggubalan Akta 668. Penubuhan IYRES telah membantu kerajaan Persekutuan untuk membentuk halatuju belia Malaysia menggunakan beberapa penanda aras seperti Indeks Belia Malaysia, Indeks Budaya Sukan Malaysia, Statistik Belia Malaysia dan beberapa kajian lain. Harapan yang sama diletakkan kepada Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Negeri Selangor, semoga ia menjadi pemandu arah terhadap pembangunan belia di Negeri Selangor.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Exco Majlis Belia Malaysia dan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan MBM

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page