top of page

Dasar baharu kerajaan Pahang bebankan petani dan rakyat - Sim Tze Tzin

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jun 26, 2020
  • 2 min read

Tindakan kerajaan Pahang menukar dasar tanah pertanian di negeri itu dilihat akan mendatangkan implikasi kepada petani dan rakyat pada masa akan datang.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata sebelum ini para petani yang mahu memajak tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) hanya perlu dilakukan melalui pejabat tanah.


Namun, dakwa Sim, ketika melawat golongan petani di Cameron Highlands, petani kini terpaksa memajak tanah daripada sebuah agensi berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Pahang Corporation dan terpaksa membayar kos tambahan mencecah ribuan ringgit.


Ini cukup berbeza ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan pusat, kerana petani yang ingin membuat permohonan untuk Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) tidak perlu membayar sebarang kos tambahan.


"Saya difahamkan cukai tanah akan naik 500% seekar. Land survey cost akan naik 100-200%. Kos peguam akan ditanggung oleh petani, dulu tak ada kos ini.


"Masa PH, ada kos beribu-ribu untuk permohonan MyGAP yang hanya diurus oleh sesetengah syarikat sahaja. Sekarang ada macam-macam kos lagi untuk mematuhi dasar baharu ini. Semua kos baharu untuk petani akan mencecah berpuluh-puluh ribu seekar.


"Petani bukan golongan kaya. Tanaman mereka terdedah dengan cuaca, anai-anai dan penyakit. Tindasan orang tengah dan lambakan. Kalau seorang petani ada 3-5 ekar, bagaimana nak bayar kos tambahan tersebut?" soal Sim di akaun Facebook miliknya.

Sim juga menganggap, jika petani dikenakan kos tambahan yang tinggi, tidak mustahil harga makanan akan meningkat tidak lama lagi, sekali gus membebankan rakyat secara keseluruhan.


"Petani tiada pilihan dengan meningkatkan harga sayur-sayuran. Yang akan menanggung kos adalah kita semua yang memerlukan makanan. Kos makanan dijangka akan naik.


"Ini isu bekalan makanan untuk negara. Adakah rakyat boleh terus mendapat makanan yang berkhasiat pada harga yang berpatutan?


Saya menyeru pihak kerajaan negeri Pahang untuk menimbang semula dasar ini yang mempunyai implikasi kepada seluruh negara.


Pada masa sama, Sim menempelak tindakan kerajaan yang seolah-olah sengaja membebankan rakyat di kala wabak COVID-19 masih belum benar-benar berakhir.


"Dalam keadaan COVID-19, di mana rakyat tertekan dengan ekonomi dan pengangguran yang tinggi, kerajaan negeri Pahang janganlah meningkatkan cukai tanah yang terlampau tinggi.


"Perubahan dasar ini akan menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa makan sayur-sayuran yang lebih mahal.


"Saya juga akan membangkitkan isu ini di Parlimen," katanya.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page