top of page

Darurat untuk pinda akta, selepas sebulan tiada satu akta pun dipinda?



Rakyat tertanya-tanya apakah tujuan sebenar perintah darurat dikuatkuasakan ke seluruh negara sejak 12 Januari lalu.


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah memberi alasan proklamasi darurat diisytiharkan adalah bagi meminda beberapa akta untuk memerangi pandemik Covid 19 yang kononnya tidak boleh dilakukan dalam sidang Parlimen yang biasa.


Namun menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh selepas sebulan perintah darurat, jelas kelihatan akta yang sedia ada dapat digunakan secara efektif tanpa perlu dibuat apa-apa pindaan.


"Saya menyambut baik perkembangan yang diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) baru-baru ini. Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Haji Yusof, sebanyak 15 tapak binaan telah diarah tutup oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat 15 Februari.


"Tindakan mengeluarkan notis berhenti kerja terhadap 15 tapak kerana didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ini adalah wajar


"Tambahan lagi, kemungkinan penularan dalam masyarakat awam daripada kluster ini adalah tinggi memandangkan lokasi tapak dan penempatan pekerja yang berdekatan dengan tempat awam. Untuk rekod, sejak 20 September 2020 hingga 12 Februari lepas, 61.85% daripada 852 kluster ialah kluster tempat kerja.


"Bagaimanapun dengan tindakan terbaharu ini, timbul persoalan apa perlunya negara diletak di bawah perintah darurat untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446 seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri pada 4 Februari lalu, sedangkan CIDB boleh arahkan penutupan tapak binaan (dengan mudah)?" soalnya dalam satu kenyataan.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu lagi, jika kerajaan masih berminat mahu meminda Akta 446 berkenaan mengapakah sehingga selepas sebulan perintah darurat berkuatkuasa tiada satu pun pindaan dibuat.


"Jika pun pindaan akta mahu dilakukan di bawah kuasa darurat mengapa akta belum dipinda sehingga sekarang, setelah lebih sebulan perintah darurat berkuatkuasa? Di mana tindakan kesegeraannya?" tanya Syed Ibrahim lagi


Oleh itu, tambah beliau, jelas perintah darurat tidak diperlukan dalam menangani Covid. Malah sekiranya kerajaan PN menuruti nasihat pakar-pakar perubatan wabak berkenaan sudah pun dapat dikawal tanpa perlu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan secara berpanjangan.


"Seperti yang disarankan oleh Presiden Persatuan Pakar Perubatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, tindakan tegas, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang harus dipraktikkan. Menurut beliau, faktor majikan yang memikirkan keuntungan tanpa mempedulikan kesihatan dan keselamatan pekerja menjadi antara punca penularan Covid tidak dapat dikekang.


"Sebagai contoh krisis penularan wabak Covid-19 di Kilang Top Glove yang pernah menjadi penyumbang terbesar pada kes positif wajar diberi perhatian. Masih wujud banyak majikan dan tempat kerja yang tidak menitikberatkan prosedur pematuhan SOP. Umum memahami keperluan pembukaan sektor perkhidmatan dan penghasilan, namun langkah pencegahan dan SOP wajib digariskan dengan kemas dan jelas.


"Saya percaya, sekiranya anggota kabinet, Menteri dan Timbalan Menteri benar-benar memikirkan soal kebajikan rakyat dan halatuju negara berbanding bermain politik dan kuasa, masih banyak ruang dan jalan yang wajar dirintis. Kaedah dan panduan dari negara yang berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 juga harus dilazimi," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page