top of page

'Darurat untuk lawan Covid 19, bukan mengikis kewangan negara'



Cubaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahu meluluskan belanjawan tambahan tanpa penelitian oleh Parlimen dengan menggunakan alasan darurat mengejutkan rakyat negara ini.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal itu amat dikhuatirkan akan berlaku sejak darurat melawan Covid 19 diisytihar pada awal Januari lalu dan akhirnya ia menjadi kenyataan.


Katanya, meluluskan belanjawan tambahan secara warta kerajaan tanpa melalui semak imbang di Parlimen menyerlahkan motif sebenar mengapa darurat dikuatkuasakan.


"Pemerintah memberikan hujah bahawa pengisytiharan darurat hanya bagi melawan dampak wabak. Namun, apa yang terserlah adalah ia digunakan untuk menggugat masyarakat madani, menekan kebebasan bersuara dan menjarah kantung negara.


"Tidak ada sebarang sebab untuk pemerintah bertindak sebegini. Belanjawan 2021 telah diluluskan kurang dari empat bulan dulu yang telah memperuntukkan dana yang cukup bagi menghadapi Covid-19. Sebarang dana tambahan akan diluluskan oleh Parlimen dengan majoriti yang jelas dan berkemungkinan akan mendapat dukungan kedua-dua belah pihak sekiranya ia munasabah.


"Saya menentang langkah ini. Saya merasakan ia cukup tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. Reputasi negara sangat memprihatinkan saat ini, dan ia pasti akan terus menghakis keyakinan pada ekonomi kita," kata Anwar dalam satu kenyataan.


Justeru, Presiden KEADILAN itu mendesak perlunya Parlimen dibuka semula dan sidang diadakan untuk meluluskan sebarang permintaan belanjawan tambahan.


"Saya sekali lagi menggesa agar Parlimen dibuka dan Ahli-ahli Parlimen wajar dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengelak demokrasi negara ini terus diinjak-injak," katanya lagi.

Semalam, kerajaan mengguna kuasa darurat untuk mewartakan ordinan baharu, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021


Ordinan Darurat juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946. Dengan itu kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan telah diketepikan.


Manakala kesan besar bebelanja secara semberono sejak kerajaan PN memerintah ialah hutang negara telah pun melepasi had 55% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dibenarkan undang-undang. Hutang terkini pada paras 62% KDNK.


Dianggarkan hutang negara mencecah RM975 bilion. Sekiranya dicampur dengan jaminan kerajaan atau hutang syarikat berkaitan kerajaan maka jumlahnya melebihi RM1.2 trilion.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page