top of page

Darurat Sarawak: Kerajaan Sementara tidak boleh buat polisi baharu, segerakan PRN sebaik Covid reda


Proklamasi Darurat Sarawak yang diperkenan oleh Yang diPertuan Agong berkuatkuasa sehingga Februari 2022 bagi mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam suasana pandemik Covid 19, meletakkan Kerajaan Negeri ada berperanan sebagai Kerajaan Sementara (Caretaker Government).


Ketua Penerangan Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, sebagai Kerajaan Sementara kabinet Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg perlu menghormati Perlembagaan dengan tidak memperkenalkan sebarang polisi baharu dan hanya meneruskan dasar sedia ada di negeri itu.


"Kerajaan Sarawak yang wujud mulai 2 Ogos ini adalah Kerajaan Sementara yang mempunyai kuasa terhad dan tidak boleh memperkenalkan polisi-polisi baharu.


"Apapun, Proklamasi Darurat Sarawak ini masih perlu dibentangkan di Parlimen berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.


"Walaupun proklamasi darurat tersebut menggantung PRN sehingga 2. Februari 2022, pilihan raya masih boleh diadakan lebih awal tertakluk kepada keadaan kes pandemik Covid-19 dan perkenan Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, KEADILAN Sarawak berpendapat Kerajaan Negeri seharusnya mengusulkan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan sekiranya wujud tempoh yang sesuai untuk mengadakan PRN.


"KEADILAN Sarawak berharap pilihan raya dapat diadakan dengan segera apabila keadaan Covid di Sarawak pulih dan mengizinkan PRN.


"Walaupun Sarawak dalam keadaan Darurat, berdasarkan Perkara 150(4) Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan boleh dipanjangkan ke kuasa perundangan Sarawak dengan mengarahkan Kerajaan Sementara Sarawak atau pegawai atau pihak berkuasa di Sarawak," katanya.


Tambah Abun, KEADILAN Sarawak berharap sekiranya PRN diadakan maka parti-parti pembangkang dipanggil untuk berbincang mengenai Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen dan persiapan PRN yang akan diadakan kelak.


"Jika pilihan raya diadakan lebih awal sebelum tarikh 2 Februari 2022 dan dalam keadaan norma baru di mana SOP tertentu yang baru perlu diperkenalkan, KEADILAN Sarawak berharap Kerajaan Sementara memanggil semua pihak termasuk wakil parti-parti politik yang layak bertanding dalam PRN duduk sama membincangkan SOP yang bakal dikuatkuasakan semasa pilihan raya nanti.


"Justeru KEADILAN Sarawak menyeru agar Kerajaan segera menyelesaikan vaksinasi bagi keseluruhan penduduk di Sarawak," katanya.


PRN Sarawak digantung melalui Proklamasi Darurat bertarikh 30 Julai 2021 dan berkuatkuasa dari 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.


Berdasarkan Proklamasi Darurat Sarawak tersebut, wakil rakyat negeri sedia ada tamat mandat mereka mulai 2 Ogos 2021 tetapi diteruskan kedudukan mereka sehingga 2 Februari tahun hadapan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page