top of page

Darurat gagal tangani Covid-19, sasaran imuniti kelompok lari jauh


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pelaksanaan darurat gagal menangani Covid-19.


Katanya, ini berdasarkan kajian yang dibuat pasukan data sains pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Semenjak lebih setahun Covid-19 melanda, pasukan data sains pejabat ketua pembangkang telah mengesan, menghimpunkan dan membuat analisis lebih 60,000 penulisan dan penerbitan oleh para penyelidik dan ahli-ahli akademik seluruh dunia yang menjadi rujukan. Ini termasuk 750 yang ditulis oleh penyelidik dan ahli akademik di Malaysia.


"Menariknya tidak ada satu pun tulisan yang menyokong darurat sebagai kaedah tangani Covid-19, termasuk dari Malaysia. Data pula menunjukkan buat darurat tapi kes terus meningkat," katanya.


Justeru, beliau mencadangkan non-pharmaceutical intervention(NPI) seperti yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.


"NPI pula banyak jenis. Sekat perhimpunan dan acara, tutup sekolah, pakai topeng muka, jaga jarak, cuci tangan, duduk di rumah, tak makan di restoran dan lain-lain.


"Kaedah ini terbukti berkesan semasa gelombang pertama dahulu. Datang gelombang kedua dan ketiga kerajaan jelas hilang punca. Akibat hilang punca dibuatlah darurat," katanya.


Pada masa sama, Saifuddin juga menggesa supaya program vaksinasi dilaksanakan dengan lebih aggresif.


"Kita sekarang terlalu perlahan. Dalam taklimat menteri Khairy Jamaluddin pada Mac kelmarin dia sebut sasaran 500,000 suntikan seminggu.


"Jika ini dibuat Khairy yang jangka hujung tahun ini kita capai “herd immunity”. Berdasarkan prestasi sekarang sasaran ini lari jauh.


"Jika buat cara sama berulangkali kemudian berharap hasil yang lebih baik, itu tidak bijak.


"Kerajaan kena ubah kepada “the whole society approach”. Ambil kira pandangan dan idea orang lain," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page