top of page

Dari 19 juta dokumen Pandora Papers, 119 ribu terkait warga Malaysia - Anwar



Keengganan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat membenarkan perbahasan ke atas skandal Pandora Papers menjadikan dewan diselimuti rasa tidak puas hati untuk 3 hari berturut-turut.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) mempersoalkan Perkara 43 Peraturan Mesyuarat yang dikemukakan semalam kepada Yang Dipertua untuk diperbetulkan, dan kurang puas hati kerana jawapan masih tidak diberikan sama ada boleh dibahas atau tidak.


Katanya, perbahasan penting kerana agensi penguatkuasaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih tidak membuat sebarang kenyataan sama ada akan mengambil tindakan atau tidak.


"Dari 19.9 juga dokumen Pandora Papers, 119,000 dokumen terkait dengan warga Malaysia. Sebahagian besarnya dari segi jumlah yang disimpan atau disorok dari negara ini di pusat kecuali cukai, termasuk di Singapura. Kalau Singapura itu, jika kita ambil inisiatif dia ada Double Taxation Agreement, soalnya mengapa tidak boleh kita bangkitkan hal ini supaya menggesa agensi terlibat yang saya sebutkan tadi biar proaktif sedikit


"Sekiranya kita rujuk ke Singapura ada bahan yang boleh kita tuntut kerana ramai pembesar, tokoh politik ini sebelum sampai ke Virgin Islanda, Caymen Islands, mereka gunakan Singapura. Persoalannya kalau mereka tidak bersalah mereka boleh jelaskan. Tetapi tak mungkin pertahankan wang ratusan juta dalam satu akaun.


"Saya tekankan perkara ini kerana ada keengganan di kalangan elit politik untuk membahas. Seperti yang kita tahu daam kalangan kerajaan saya belum dengar satu suara yang minta ini disiasat. Ini aneh, kalau betul kita nak perjuang nasib rakyat Malaysia, kalau betul jaguh Melayu, apakah mungkin budaya Melayu mengizinkan rompakan kekayaan begitu besar?


"Semua itu disenarai sebelumnya oleh Global Integrity Reports (GIR) dan sekarang Pandora Papers. Bagi saya ada percanggahan apa yang dilaungkan sebagai jaguh pertahankan hak tetapi diizinkan kejahilan.


"Sistem kerajaan yang ada seolah-olah memadam dan melindungi mereka. Saya buat tuduhan yang jelas kerana hal ini kita suarakan dari GIR 2012. Masa itu Bank Negara ada sebut sikit sahaja. Tetapi siasatlah," kata Anwar dalam perbahasan Dewan Rakyat sesi pagi.


Ucapan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu dicelah oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang menyatakan beliau cemburu kerana menteri di Malaysia 'pandai buat duit'. Semua perlu belajar kepada menteri BN yang cekap dalam urusan membuat duit.


Datuk Seri Anwar menggunakan hujah itu sebagai kesimpulan bahawa ikon-ikon politik dan perniagaan yang membawa wang ke akaun luar persisir begitu bijaksana dalam peraturan kewangan sehingga lepas dengan dana sebesar RM1.8 trilion.


"Mesti ada kebijaksanaan, ketrampilan untuk buat rompakan cara canggih begini. Orang yang menggunakan proses ini memang ada kepakaran tertentu, peguam terbaik, akauntan terbaik tentunya digunakan oleh penjahat terhebat, dan saya nasihatkan sahabat saya jangan belajar hal ini. Kesannya orang Islam akan merempat, orang Melayu akan susah, negara akan hanucur.


"Usul 43 ini saya minta supaya diberi ruang untuk sampaikan supaya kerajaan beri jaminan arahkan semua agensi siasat. Ini pelik padam di media, padam di Parlimen dan kita disuruh diam. Tak mungkin kita pertahankan. Minta pertimbanban beri peluang untuk siasat," katanya lagi.


Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon berkata akan meneliti surat rayuan Anwar membahaskan Pandora Papers dalam tempoh dua hari, biar pun hari Selasa adalah hari terakhir sesi Parlimen.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page