top of page

DapurSemerah bantu pemandu teksi menjelang Aidiladha


Inisiatif #DapurSemerah membantu pemandu teksi di DUN Semerah yang terkesan akibat pandemik Covid 19.


Menurut ADUN Semerah, Khuzzan Abu Bakar, inisiatif tersebut memberi bantuan makanan kering kepada pihak yang memerlukan telah berjalan sejak beberapa bulan lalu.


Katanya, kali ini menjelang Hari Raya Aidiladha inisiatif tersebut memberi bantuan pula kepada para pemandu teksi di DUN Semerah.


"Jika dahulu, dengan teksi berwarna biru muda, mereka adalah 'trademark' kepada negeri Johor. Kini, bermula dari PKP 1.0 hingga Pelan Pemulihan Negara. Pendapatan mereka sudah tidak lagi seperti dahulu. Gaya hidup juga sudah pasti berubah.


"Dengan inisiatif #DapurSemerah, pada hari ini, seramai 35 orang pemandu teksi dari Persatuan Pemandu Teksi Dan Kereta Sewa Peserai telah menerima sedikit bantuan bekalan makanan.


"Diharapkan, pakcik-pakcik, abang-abang teksi ini terus kekal tabah dan bersabar dalam menghadapi hari mendatang.


"Kekalkan 'trademark' biru muda agar terus kekal hidup untuk selamanya," katanya.


Bagi rakyat yang ingin menghulurkan sumbangan maka boleh melakukannya ke: Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Semerah. Akaun Maybank 551427124586.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page