top of page

Dapat BKK, STR jangan jadi mangsa scammer - Fahmi



Penjawat awam yang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan atas talian.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi ingatan itu susulan tidak mahu ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan atas khabar baik yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.


"Tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer). Kalau kita terima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, semak dulu.


"Kalau terima mesej daripada orang yang kononnya kawan kita, semak dulu dan kalau dapat e-mel yang mengatakan klik pautan di sini, atau muat turun aplikasi, tolonglah jangan klik e-mel yang tidak dikenali," katanya dipetik.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata begitu kepada pemberita selepas menyaksikan sesi latihan skuad KL City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.


Semalam Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan pesara kerajaan masing-masing bakal menerima BKK Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250 pada Jumaat ini.


Selain itu, seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai Rabu ini.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page