top of page

Dana GPS, DSK mampu upayakan Pelancongan Sukan - Adam Adli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 3
  • 2 min read


Oleh: Hasbul Ahmad


Malaysia berpotensi besar untuk menjadi destinasi utama pelancongan sukan serantau dengan memanfaatkan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Geran Padanan Sukan (GPS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, dana-dana tersebut diwujudkan sebagai langkah strategik untuk menggalakkan penganjuran acara sukan di peringkat tempatan dan antarabangsa, sekaligus meningkatkan penyertaan rakyat serta menarik pelancong sukan ke Malaysia.


"Geran Padanan Sukan itu sendiri sebenarnya adalah berbentuk matching grant (geran padanan). Maksudnya kita kena cari penganjur yang mempunyai keupayaan kewangan.


"Kemudian kita akan reimburst balik. Katakan kos keseluruhan bagi satu-satu penganjuran itu sebanyak RM100,000 atau RM200,000, kerajaan akan tanggung separuh daripada kos tersebut.


"Tujuannya adalah untuk memastikan penganjur-penganjur tempatan ada sedikit dana yang boleh menggalakkan mereka untuk terus menganjurkan dan tambah baik lagi penganjuran aktiviti ataupun pertandingan-pertandingan ini.


"Manfaatkan kepada aktiviti, pada masa yang sama juga manfaatkan Malaysia sebagai salah satu hub, ataupun salah satu destinasi bagi tujuan pelanongan sukan," kata Adam kepada Suara Keadilan ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketua Angkatan Muda KEADILAN, baru-baru ini.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu menambah, inisiatif ini memberi ruang kepada penganjur tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dengan badan-badan sukan berdaftar bagi menganjurkan acara sukan berkualiti.


Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan membantu penganjur tempatan menjayakan acara sukan, malah membuka peluang untuk Malaysia diketengahkan sebagai hub pelancongan sukan, khususnya bagi acara seperti pendakian, luncur ombak dan lain-lain sukan ekstrem yang berpotensi dianjurkan di peringkat ASEAN.


Dengan nilai geran maksimum yang boleh mencecah sehingga RM1 juta bagi satu-satu acara, geran-geran yang ditawarkan boleh menjadi antara inisiatif signifikan dalam menyokong pembangunan sukan berprestasi tinggi dan pelancongan sukan di Malaysia.


"Kita harap supaya pengenalan dana-dana ini boleh dijadikan sebagai salah satu batu loncatan dan juga alas kepada bagaimana kita nak menggalakkan penganjuran ini.


"Kita nak lebih banyak event-event sukan yang berkualiti, yang boleh tarik lebih ramai peminat yang boleh tarik lebih ramai peserta yang boleh tingkatkan persaingan terutama sekali untuk atlet-atlet yang mewakili negara.


"Bayangkan kalau atlet-atlet ini yang perlu bersaing untuk tingkatkan prestasi mereka bagi kejohanan-kejohanan antarabangsa dia tak perlu keluar negara sebab kita boleh anjurkan dalam negara kita," ujarnya lanjut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page