top of page

Dana banjir: Jangan guna ayat Quran lindungi isu kelemahan pengurusan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 13, 2023
  • 1 min read

ree

Tindakan penyokong Pas menggunakan peristiwa turunnya ayat al Quran berhubung isu kelewatan pengagihan bantuan banjir di Kemaman amat dikesali.


Menurut Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, kenyataan penyokong Pas tersebut yang dimuat naik dalam laman komuniti Facebook penyokong Pas tempatan semalam sangat tidak wajar dilakukan.


Dalam kenyataan tersebut, katanya, pemuatnaik mengumpamakan kelewatan pemberian dana banjir dengan penangguhan penurunan wahyu dalam kisah nuzul ayat surah al Kahfi.

ree
Tidak wajar kaitkan bantuan banjir dan ayat Quran

"Kenyataan ini adalah sangat bercanggah dengan pengajaran nuzul ayat sebenar. Tidak ada langsung kaitan di antara dua peristiwa ini. Bahkan ibrah atau pengajaran surah al Kahfi tidak ada sebarang kaitan dengan peristiwa politik.


"Sikap penyokong Pas yang sentiasa mengaitkan dalil-dalil al-Quran dan hadis dalam semua tindakan politik mereka menyerlahkan kejahilan mereka dalam memahami nas al-Quran dan hadis mengikut konteks yang sebenar yang sepatutnya difahami," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Ahmad Nadhir lagi, perbuatan tersebut jelas boleh merosakkan kefahaman Islam yang syumul dan mulia. Katanya, ajaran Islam tidak boleh dikotorkan dengan unsur membela fahaman politik sempit sesetengah parti.


"Oleh itu, masyarakat perlu dijelaskan dan disedarkan daripada ancaman kejahilan seperti ini.


"Agama Islam mesti dipelihara daripada ditunggang oleh penunggang politik bertopengkan agama," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page