top of page

Dana Antarabangsa Belia dilancar, inisiatif KBS perkasa belia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 17
  • 1 min read

Adam Adli (tiga dari kanan) pada sidang media di lobi Menara KBS
Adam Adli (tiga dari kanan) pada sidang media di lobi Menara KBS

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Rabu melancarkan Dana Antarabangsa Belia khusus bagi memperkasa pembangunan golongan belia.


Timbalan menterinya Adam Adli berkata, dana ini merupakan inisiatif Kerajaan MADANI dalam memperkasakan pembangunan belia melalui penyertaan dalam mesyuarat, forum, persidangan dan simposium di peringkat antarabangsa.


Sebagai permulaan jelasnya, sebanyak RM500,000 diperuntukkan, dengan had ditetapkan sebanyak RM20,000 bagi setiap peserta.


"Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh penglibatan aktif, membangunkan kemahiran kepimpinan dan advokasi, memberikan pendedahan di peringkat antarabangsa serta memperluas rangkaian belia selari dengan nilai teras daya cipta dan keyakinan dalam Malaysia MADANI.


"Skop penajaan (dana) merangkumi yuran penyertaan, tiket penerbangan pergi dan balik (kelas ekonomi), elaun penginapan, elaun makan, insurans dan visa mengikut kadar yang ditetapkan oleh KBS


"KBS berharap, dana ini akan dapat melahirkan generasi belia yang berdaya saing dan berupaya membawa suara Malaysia ke persada dunia," katanya dipetik.


Sementara itu tambah beliau, permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun dan berdaftar sebagai ahli persatuan,pertubuhan, atau kelab yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).


Permohonan telah dibuka dengan dua tarikh tutup utama iaitu pada 3 Mei dan 1 Ogos dan maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi Kementerian di (www.kbs.gov.my/ivf), atau berhubung terus Sekretariat IYF melalui talian 03-88713356 atau e-mel di international@kbs.gov.my

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page