top of page

DAMAC Group rancang tubuh pusat data bernilai RM250j di Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 19, 2023
  • 1 min read


Pemaju hartanah mewah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) DAMAC Group merancang untuk menubuhkan pusat data di Malaysia.


Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi dan Digital KKD, Ahmad Fahmi Fadzil susulan pertemuan dengan pengasas dan pengerusi DAMAC Group, Hussain Sajwani di Dubai.


Menurut Fahmi, penubuhan pusat data dengan nilai pelaburan RM250 juta di Cyberjaya itu akan menumpukan kepada pelanggan runcit dan perusahaan.


"Saiz tanah yang dicadangkan adalah lebih kurang 1.21 hektar. Pada masa ini, DAMAC sedang menilai Cyberjaya dan CBD KL sebagai pilihan," katanya dipetik.


Fahmi berada di UAE sempena lawatan rasmi selama empat hari bersempena dengan pameran Gulf Information Technology Exhibition (GITEX) Global 2023 dan Expand North Star (ENS) di Dubai.


GITEX Global Edisi ke-43 yang berlangsung dari 16 hingga 20 Oktober di Dubai World Trade Centre dihadiri lebih 6,000 syarikat dari 170 negara manakala ENS diadakan dari 15 hingga 18 Oktober di Dubai Harbour.


DAMAC Group ditubuhkan di Dubai pada 1982 dan memiliki hasil global berjumlah US$1.66 billion setakat 2022 dengan operasinya merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Timur Tengah dan Afrika.


Ia menumpukan kepada pelaburan dalam ekuiti persendirian, penggabungan dan pengambilalihan serta memegang pegangan utama dan minoriti dalam syarikat senaraian awam serta industri seperti fesyen mewah, hartanah, hospitaliti dan pembuatan.


Kumpulan itu mempunyai pelaburan yang besar dalam pengurus dana terkemuka di Amerika Syarikat seperti Vista, Silverlake, Andreessen Horowitz, Thoma Bravo, Starwood, Founders Fund, Warburg, Pincus dan Brookfield.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page