top of page

Dalam PKP Ahli Parlimen Sekijang sampaikan bantuan makanan



Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sekijang terus menyampaikan sumbangan bekalan makanan kering kepada golongan memerlukan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan.


Menurut Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, sumbangan kepada penduduk disampaikan dengan SOP yang ketat dan pusat khidmat beliau hanya menjalankan urusan-urusan penting sahaja.


"Menyampaikan bantuan makanan kering kepada mereka yang susah atau dalam kesempitan adalah keutamaan kami.


"Kami juga mendapat kerjasama dari mantan Ketua-ketua Kampung untuk mengagihkan bantuan ini kepada golongan B40 di kawasan masing-masing," katanya.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu melancarkan penyampaian sumbangan berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page