top of page

Dakwaan rasuah projek tebatan banjir, Nik Nazmi nafi tuduhan Chegubard



Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan tuduhan yang dikeluarkan aktivis pembangkang Badrul Hisham Shaharin bahawa terdapat elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dikendalikan oleh kementeriannya.


Beliau berkata dakwaan fitnah seperti itu bukan pertama kali dibuat oleh aktivis Bersatu yang dikenali sebagai Chegubard, malah dia pernah kalah saman kerana terbukti melakukan fitnah.


"Tuduhan Chegubard tidak berasas dan menunjukkan beliau tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.


"Fitnah bahawa projek RTB yang mencecah sehingga RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri merupakan tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Nik Nazmi berkata kerajaan telah menilai semula cadangan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi untuk memberikan keutamaan kepada kawasan kritikal.


Jelas beliau siling peruntukan pembangunan keseluruhan 33 projek RTB yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan itu berjumlah RM11.8 bilion, bukan RM16.6 bilion seperti didakwa Badrul Hisham.


"Hampir kesemua projek RTB kerajaan pada tahun ini masih melalui proses tender dan untuk tahun ini, 19 projek telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST).


"Belum ada perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan (development expenditure)," ujarnya.


Selain itu, jelas Nik Nazmi projek RTB melalui proses perolehan yang telus melibatkan tatakelola Kementerian Kewangan serta mesyuarat Lembaga Perolehan yang mana beliau tidak terlibat.


"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah jahat ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap beliau dalam masa terdekat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page