top of page

Dakwaan PM ‘takut’ bubar Parlimen helah murahan Bersatu - AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 hours ago
  • 1 min read

ree

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membidas kenyataan seorang pemimpin pemuda Bersatu yang mendakwa Perdana Menteri tidak berani membubarkan parlimen lebih awal kerana prestasi teruk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.


Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin (gambar) menegaskan, keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tergesa-gesa membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum adalah langkah bertanggungjawab bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.


"AMK mengecam keras kenyataan pimpinan Armada yang cuba menggambarkan Perdana Menteri sebagai ‘takut’ untuk membubarkan Parlimen.


"...cubaan mengaitkan keputusan pilihan raya negeri Sabah dengan kononnya kegagalan kepimpinan nasional adalah satu helah murahan untuk menutup kegagalan Bersatu membina keyakinan rakyat, bukan sahaja di Sabah malah di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.


Perdana Menteri pada sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media di Kompleks Seri Perdana baru-baru ini menegaskan, PRU awal tidak menjadi keutamaan Kerajaan MADANI buat masa ini.


Sebaliknya menurut beliau, kerajaan fokus untuk terus memberi tumpuan melaksanakan reformasi serta menangani masalah dihadapi rakyat.


Sementara itu, Danish Hairudin menerusi kenyataan sama menegaskan bahawa pemimpin yang gagal mentadbir sahaja melihat pilihanraya sebagai alat menyelamatkan diri, bukannya amanah besar kepada negara.


Justeru, dakwaan Harris Idaham Rashid itu bukan sahaja tidak cerdik, malah memperlihatkan kepanikan politik sebuah parti yang semakin hilang relevan dan ketandusan hala tuju.

"AMK ingin menegaskan bahawa rakyat tidak lupa siapa yang menyebabkan ketidaktentuan politik, siapa yang mengkhianati mandat pilihanraya dan siapa yang menjadikan negara bahan eksperimen politik," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page