top of page

Dakwaan PM cuba beli sokongan tidak munasabah - Penganalisis



Dakwaan seorang pemimpin Bersatu yang menuduh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokongnya disifatkan sebagai tidak berasas.


Azmi Hassan, penganalisis politik daripada Akademi Nusantara berkata, walaupun sokongan dimiliki PM tidak mencapai majoriti dua pertiga, namun sokongan sedia ada sudah memadai.


"Beliau tidak perlu sokongan dua pertiga (majoriti) sekarang, hanya (perlu) apabila melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.


"(Sebarang percubaan untuk mendapatkan lebih banyak sokongan) hanya akan menjadi munasabah jika Anwar cuma mendapat sokongan 113 atau 114 Ahli Parlimen, dalam situasi di mana kerajaan boleh tumbang bila-bila masa," katanya dipetik laporan FMT.


Sejak minggu lalu pihak pembangkang menuduh Anwar cuba membeli sokongan Ahli Parlimen mereka selepas empat wakil rakyat Bersatu mengisytiharkan sokongan terhadap kerajaan untuk mendapatkan peruntukan kawasan parlimen.


Bagaimanapun menurut Azmi, dakwaan Anwar cuba menarik Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokongnya mungkin sebahagian daripada strategi Bersatu untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar, iaitu prestasi parti dan krisis kepimpinan dihadapinya.


"(Bersatu) tiada hala tuju, sama ada ingin jadi parti pembangkang atau meneruskan (dakwaan) bahawa mereka mempunyai angka untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan," katanya.


Beliau turut beranggapan keputusan empat Ahli Parlimen menyokong perdana menteri dibuat setelah melihat tidak adanya masa depan untuk terus menyokong Bersatu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page