top of page

Dakwa peserta demo TURUN sekat hak bersuara anak muda - Pemuda PH



Hak bersuara anak muda tidak wajar disekat dengan mengenakan pendakwaan mahkamah di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.


Demikian dinyatakan dalam kenyataan bersama Angkatan Muda Harapan hari ini.


Kenyataan itu turut mengecam kerajaan BN - PN yang mendakwa Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Mohd Hasbie Muda, Muhammad Aliff Naif (Pres IIUMSU) dan Lestari Yahya (Ketua Angkatan Muda KEADILAN Batu) di mahkamah atas penglibatan mereka dalam Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barang atau #TURUN pada 1 Julai lalu.


"Hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman adalah dilindungi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan sepatutnya mendengar kebimbangan rakyat dan menerima tuntutan mereka, bukan mencari jalan untuk menghukum rakyat tanpa menyelesaikan masalah yang diutarakan.


"Kami melihatkan tindakan ini bukan sahaja sebagai satu dakwaan bermotifkan politik dan intimidasi untuk menyekat suara anak muda, tetapi lebih-lebih lagi satu pembaziran sumber mahkamah dan pihak berkuasa yang sepatutnya menyiasat dan mendakwa penjenayah-penjenayah serius di negara kita, termasuk pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, sehingga menjejaskan keselamatan negara kita," kata mereka.


Oleh itu, Angkatan Muda Harapan menggesa agar dakwaan yang membelakangkan semangat demokrasi itu segera dihentikan dan tidak dilebarkan kepada pihak lain yang menggunakan hak sah di bawah Perlembagaan untuk bersuara.


"Maka kami menyeru agar semua dakwaan ini digugurkan. Manakala pihak berkuasa mesti menumpukan tenaga dan sumber untuk menangkap dan mendakwa semua watak-watak yang terlibat dalam skandal rasuah negara termasuk pemimpin-pemimpin penting yang terlibat dalam skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang menjejaskan keselematan dan kedaulatan negara," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP Malaysia, Kelvin Yii Lee Wuen; Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Adam Adli Abdul Halim; Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hasbie Muda dan Ketua Pergerakan Pemuda UPKO, Felix Joseph Saang.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page