top of page

Dakwa hubungan PM-Agong keruh: 'Cytro pembangkang carilah modal lain'



Oleh: Abdullah Zaid


Tidak serik dengan kegagalan Langkah Dubai, laskar siber (cytro) dan penyokong pembangkang menyebarkan pula propaganda kononnya hubungan antara Perdana Menteri (PM) dan Yang di-Pertuan Agong keruh serta bakal menggugat Kerajaan Madani.


Salah satu penyokong PN di media sosial berkata, Yang di-Pertuan Agong dilihat merasmikan beberapa program tanpa kehadiran PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa hari ke belakangan ini, termasuk perasmian Menara Merdeka 118 pada 10 Januari lalu.


Hakikatnya, kekangan itu berlaku berikutan PM harus berjumpa rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong bagi menyaksikan penyambungan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Malaysia dan republik tersebut.


Menyifatkan penyokong pembangkang ketandusan idea, Ketua Angkatan Muda (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan yakin mainan persepsi yang cuba dimomokkan itu semakin 'melalut' tidak akan diterima rakyat.


"Saya berpandangan isu ini (hubungan keruh) amat dangkal sekali untuk dibuat modal politik, kerana PMX ada jadual dan tugas yang berbeza.


"Selain itu, Agong sendiri bertitah tidak akan mencampuri urusan politik sehingga habis tugasnya, jadi apa yang hendak mereka pusingkan?," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelas Fadzli, sekiranya perkara tidak bersama PM itu berlaku kepada Yang di-Pertuan Agong baharu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang naik takhta pada Februari ini maka agak logik juga untuk dijadikan bahan politik pembangkang.


"Jika insiden melibat Agong yang baharu mungkin masuk akal untuk diterima.


"Tetapi, berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk pengumuman Yang di-Pertuan Agong baharu, (maka) saya rasa itu tidak logik akan ada komplot tebuk atap boleh berlaku," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page