Ramai yang memuji perubahan fizikal yang berjaya dikecapi Rina Harun, namun ada juga yang tertanya-tanya, bilakah masanya beliau menjalankan tugasnya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar?
Tidak salah untuk Rina berupa lebih lawa dan kurus, malah ia digalakkan kerana menteri perlulah menjaga kesihatan dan cergas membantu meringankan beban rakyat.
Tetapi, beliau sendiri mengakui banyak berbelanja dan mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai transformasi sedemikian, bagaimana pula tugasnya sebagai menteri?
Yang terbaru, beliau dikritik kerana menggunakan pejabat menteri untuk mengadakan 'photoshoot' bersama pereka fesyennya, Man Kajang. Yang mana satu lebih penting, kerja menteri atau tangkap gambar?
Datin Paduka Che Asmah Ibrahim yang dahulunya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara terkejut apabila pejabat yang pernah dilawatinya dahulu kini sudah menjadi studio model.
"Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila pejabat menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model.
"Satu ketika dahulu pejabat di tingkat 38 yang indah ini sibuk dengan segala urusan rakyat. YB Menteri terlibat dalam perbincangan pembentukan pelbagai polisi dan undang-undang bagi menjaga nasib wanita Malaysia, keluarga, kanak-kanak dan masyarakat.
"Satu lepas satu mesyuarat dan perbincangan dibuat oleh YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan). Beratur kami diluar menunggu giliran dipanggil untuk memberi maklum balas hal ehwal rakyat.
"Tidak ku sangka pejabat yang sama telah menjadi studio model meraga pakaian raya 2021 mungkin," katanya.
Pengguna Facebook, Najla Qalesya menegur Rina yang sepatutnya menjalankan tugasnya sebagai seorang menteri.
"Nak buat kerja ke nak jadi model. Orang tengah susah sibuk nak tayang badan dah kurus konon. Buatlah kerja tolong rakyat ni, kalau nak jadi model letak jawatan pergi jadi model betul-betul.
"Tak payah makan gaji buta lah, gaji menteri patut sedekah dekat rakyat yang jenuh berkais nak cari makan," katanya.
Pengguna di Twitter, Syarifah Amin pula menyifatkan tindakan Rina sangat tidak sensitif terhadap keadaan rakyat yang sedang bergelut dengan kehilangan pendapatan akibat Covid-19.
"Saya tidak pernah kisah kalau mana-mana perempuan nak melaram dan berpakaian cantik sampailah saya nampak Rina Harun yang tidak bertanggungjawab, melawa untuk photoshoot di tengah-tengah krisis. Sangat mengecewakan. Kita perlukan peletakan jawatan segera," katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Nadia Adnan mendedahkan bahawa Rina juga jarang melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa.
"Orang Titiwangsa dan Kg Baru bukan main susah lagi nak nampak si Rina ni.
"Rupanya dia banyak buat part time modelling dah sekarang ni. Kesian gaji menteri pun kena potong sekarang ni kan. Mujur la ada job modelling," katanya.
Kak Ton Here di Facebook juga meminta Rina supaya menceburi bidang model.
"Dah tak payahlah jadi menteri...Kesian rakyat terabai sebab menteri sibuk photoshoot sekarang," katanya.
Comments