top of page

D’Anjung Selera Madani: Lebih banyak naik taraf gerai peniaga kecil



Kerajaan Perpaduan pada masa ini lebih prihatin terhadap kelompok bawahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Berucap pada perasmian D’Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan keprihatinan itu adalah perbezaan antara kerajaan pimpinannya dengan yang terdahulu.


Berbanding mengejar projek-projek mega, Anwar menegaskan kerajaan pimpinannya lebih berusaha memperbanyakkan pembangunan yang memberi manfaat untuk rakyat.


"Berbilion-bilion ringgit dibelanjakan untuk projek-projek besar tapi peruntukan kecil untuk menjamin tempat peniaga kurang.


"Jadi saya nak puluhan projek dilaksanakan seperti hari ini kerana jumlah penduduk yang berada di kategori bawah ini ramai," katanya.


D’Anjung Selera Madani dibangunkan dan diindahkah sejajar dengan hala tuju Perdana Menteri untuk memastikan gerai, warung dan medan selera di Kuala Lumpur mempunyai fasiliti yang bersih, cantik, moden serta tersusun.


Ia antara visi yang dilontarkan Anwar ketika mula dilantik mengetuai pentadbiran negara.


Sementara itu pada ucapannya, Anwar turut menyeru bandar di seluruh negara menyediakan rencana perancangan pembangunan bagi mengangkat martabat golongan berpendapatan kecil.


Melalui langkah itu jelasnya, cita-cita membina negara madani dapat dijayakan.


"Kita nak ibu negara indah, kita mercu tanda gagah hebat, projek mega banyak, hotel lima atau enam bintang ada, restoran besar ada. Tetapi kita nak juga kemudahan bagi rakyat terbanyak (kelompok bawah).


"Jangan jadikan slogan Madani kosong sahaja, kena ada sifat ihsan dan kasih sayang…dan memastikan keadilan dan kesaksamaan peluang bagi setiap orang kecil," tambahnya.


Pada perasmian yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali itu, Anwar turut mengumumkan bayaran setiap lesen perniagaan berjumlah RM400 untuk 24 gerai di D’Anjung Selera Madani, Bandar Tun Razak dikurangkan sehingga RM200 bermatlamat mengurangkan beban penjaja di kawasan berkenaan.


Para penjaja di situ akan menikmati potongan bayaran sebanyak 50 peratus dengan syarat mereka tidak culas membayar bayaran fi itu mengikut masa yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page