top of page

Cukai perkhidmatan naik 2%, dikenakan kepada kelompok kecil



Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kenaikan Cukai Perkhidmatan sebanyak 2% daripada 6% sedia ada mulai Mac ini hanya membabitkan sekelompok paling kecil golongan pembayar cukai.


Beliau berkata kadar 8% Cukai Perkhidmatan yang bakal dikenakan itu nanti tidak melibatkan seluruh rakyat berbanding jika kerajaan menghidupkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


"Persoalan sekarang ialah kalau orang tanya kenapa perlu naik dua peratus? Lebih baik buat GST dan sebagainya. Sebaik mungkin kita hanya ingin cukai kumpulan yang paling kecil.


"Kalau GST semua 30 juta rakyat kena bayar (manakala), SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) kita lihat ada 500,000 syarikat, jadi mana-mana syarikat bila ada tambahan tiga bidang perkhidmatan baru ia tambah sedikit jumlah perlu bayar, (tetapi) cukai masih kecil banding cukai tidak langsung ditukar jadi GST," katanya.


Beliau berkata demikian dalam program Podcast Yang Bakar Menteri Ep 3 YB Rafizi Ramli & Faiz Azmi (Financial Faiz).


Faiz Azmi merupakan pengasas Financial Faiz yang aktif memberikan penerangan menerusi platform beliau terutamanya tentang topik-topik celik kewangan.


Rafizi berkata pelaksanaan SST bukan perkara baharu kerana ia sudah ada lama dalam sistem percukaian di negara ini dengan semasa pembentangan belanjawan, kerajaan tentukan bidang jenis perkhidmatan atau barang yang tertakluk kepada cukai.


Jelas beliau kerajaan akan tumpukan kepada pengutipan cukai melibatkan cakupan kumpulan tertentu iaitu syarikat penyedia perkhidmatan termasuk profesional atau pemilik perniagaan yang mencapai syarat dikenakan cukai.


Ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan berkenaan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8% daripada 6% sebelum ini.


Beliau berkata kerajaan akan memperluaskan cukai ini kepada tiga lagi jenis perkhidmatan iaitu logistik, pembrokeran, pengunderaitan dan karaoke.


Namun pengecualian akan diberikan kepada perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi yang akan dikekalkan sebanyak 6% sahaja.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page