top of page

Cukai Barangan Mewah bukan ganti GST - Rafizi



Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli menegaskan bahawa Cukai Barangan Mewah yang bakal diperkenalkan tahun ini bukan alternatif kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


Sebaliknya kata Ahli Parlimen Pandan itu cukai tersebut adalah duti eksais yang dikenakan mengikut kategori barangan mewah tertentu.

"Contohnya, sekarang ini kita ada eksais duti untuk rokok, kita ada eksais duti untuk kereta. Jadi ia hanya eksais duti. Cumanya yang berlaku ialah kategori barangan mewah yang akan diwartakan kemudian akan dikenakan cukai lebih tinggi dalam bentuk eksais duti," kata Rafizi.


Timbalan Presiden KEADILAN itu memberi penjelasan selepas menyampaikan ucaptama bersempena Program Forum Dua Alumni Pegawai Tadbir Diplomatik di ibu negara semalam.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini ketika pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan pengenalan Cukai Barangan Mewah kepada mereka yang mempunyai kemampuan.


Cukai itu akan dikenakan terhadap barangan dengan had nilai tertentu meliputi jam tangan, barangan berfesyen serta barangan berjenama terkenal yang mahal.


Langkah berkenaan setakat ini mendapat sokongan daripada rakyat terbanyak yang merasakan golongan berkemampuan seharusnya membayar lebih.


Malah Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), Prof Madya Dr Baharom Abdul Hamid menyifatkan caukai itu sebagai inisiatif bagus oleh kerajaan kerana mampu membantu meningkatkan hasil dalam negara tanpa memberi kesan terhadap golongan rakyat kebanyakan.


"Sekiranya kerajaan melaksanakan semula GST, golongan B40 akan terkesan. Oleh itu, kerajaan menyasarkan golongan kaya.


"Justeru, kita tidak perlu risau mengenainya. Ia adalah inisiatif yang sangat baik dan kerajaan sudah memikirkan mengenai masa depan rakyat marhaen," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page