top of page

Cuba malukan PM: 'Pembangkang tidak kenal sempadan politik'



Pembangkang khususnya Perikatan Nasional yang cuba memalukan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya tidak disambut pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz sebenarnya tidak faham sempadan politik dalam negara dan antarabangsa.


Ahli Palimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pembangkang dan kerajaan boleh sahaja berbalah mengenai politik dalam negara tetapi bagi politik antarabangsa, seharusnya Malaysia mempunyai satu suara.


"Dalam isu politik antarabangsa kita seharusnya tidak wajar bergaduh. Misalnya dalam isu lawatan PM Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini.


"Kita kena pertahankan nama baik dan maruah negara kita. Anwar Ibrahim bukan Perdana Menteri untuk rakyat Tambun atau penyokong gabungan parti politik Kerajaan Perpaduan sahaja.


"Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri bagi semua 33 juta rakyat Malaysia.


"Jika Perdana Menteri kita, hatta dia pemimpin politik lawan kita, Anwar Ibrahim tetap Perdana Menteri kita sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah dan punya jati diri," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Hassan lagi, sekiranya terdapat pihak negara luar yang melanggar protokol politik dan sebagainya dalam mana mana lawatan ketua kerajaan atau ketua negara Malaysia, ahli politik pembangkang dan kerajaan seharusnya mengecam tindakan tersebut, bukan sebaliknya.


Oleh itu menurut beliau, sesiapa yang telah mengambil kesempatan memburuk-burukkan dan memalukan Perdana Menteri dalam lawatan ke Arab Saudi perlu berasa malu pada diri mereka sendiri.


"Anda yang mempersendakan Anwar, sebenarnya anda mempersendakan diri anda sendiri.


"Anda yang cuba memalukan Anwar, sebenarnya anda memalukan diri anda sendiri.


"Kita mesti kenal sempadan dalam isu antarabangsa," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page