Cuba idea gagal berulang-ulang: Masa untuk PM letak jawatan - Anwar


Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin diseru segera meletak jawatan setelah gagal dalam perang melawan Covid 19 selama 15 bulan.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada gunanya kerajaan Mahiaddin terus berkuasa dengan mengulang guna strategi lama melawan Covid yang tidak berhasil, malah memakan lebih banyak korban nyawa rakyat.


"Kerajaan masih meneruskan kaedah lapuk walaupun kita tahu kesannya hambar. Bagaimana kita teruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB, PKPD dalam keadaan orang sensara. Dengan PKPD angka (jangkitan Covid) 9,180 (semalam).


"Pimpinan ini tak dapat tumpu perhatian mereka dalam soal mentadbir, mengurus kerajaan, mengurus kehidupan rakyat, kesihatan dengan hospital yang sesak dan terpaksa menolak kes-kes yang berat


"Setahun berlalu, berulang kali cara lama (digunakan) dan kesannya sensara rakyat. Sebab itu dengan tiada keabsahan, hilang dukungan rakyat dan wakil rakyat, secara terhormat adalah (dituntut) keberanian moral Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai PM dan jangan menyebabkan terus menerus kita ini tercorot dan berakhir dengan kenyataan Bloomberg, hampir menjadi kerajaan gagal.


"Tetapi pimpinan yang tamak dan rakus tidak terasa terkesan dan rasa diaibkan begitu rupa. Oleh itu saya bersama rakyat menuntut PM meletakkan jawatan sekarang," katanya dalam siaran media, malam tadi.


Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mempersoalkan sama ada pemimpin kerajaan Perikatan Nasional yang membenarkan kilang-kilang besar terus beroperasi walaupun di Selangor yang dikenakan PKPD mempunyai kepentingan peribadi sehingga tidak mampu menguatkuasakan penutupan ekonomi.


"Sebab itu kita tekankan ada keperluan supaya pimpinan menunjukkan tekad politik yang berani.


"Kalau puncanya di kilang, walaupun kilang itu dimiliki saudagar yang maha kaya, mestilah diambil tindakan yang tegas. Mengapa tidak dilakukan ini semua?


"Persoalannya mencurigakan. Apakah keuntungan peribadi tokoh-tokoh ini sehingga tidak berani mengambil tindakan? Meragut nyawa. Menyebabkan kesihatan parah tetapi masih diteruskan kaedah lama dan mengharapkan hasil yang baharu," katanya lagi.


Untuk rekod, Selangor menyaksikan kes jangkitan Covid setinggi 4,000 kes sehari dalam dua hari terakhir.


Sebanyak 80% kluster Covid dilaporkan datangnya dari sektor industri yang dibenarkan beroperasi di negeri itu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER