top of page

Cuaca tenang pagi pengundian, dijangka hujan sepanjang hari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 2, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Suasana hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dilihat tenang dan cerah pada pagi pengundian biarpun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan akan turun hari ini.


Tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chukai mendapati suasana agak meriah dengan kehadiran para pengundi yang semakin banyak terutamanya golongan warga emas.


Setakat jam 8.30 pagi, trafik masih berjalan lancar walaupun agak perlahan di pusat-pusat pengundian di sekitar Chukai.


Kelihatan jentera parti yang bertanding membuat pondok panas bagi memudahkan urusan pengundian selain memudahkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa golongan tua ke pintu pusat pengundian.


Turut kelihatan, kenderaan membawa pengundi ke pusat pengundian yang disediakan parti yang bertanding, mengambil dan menurunkan pengundi.


Pondok panas BN menyediakan khidmat semakan lokaliti mengundi

Menurut laporan daripada SPR sebanyak 49 pusat mengundi dengan 244 saluran di empat DUN bagi PRK Kemaman dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petang.


Menurut badan pilihanraya itu lagi keputusan PRK berkenaan dijangka diperoleh selewat-lewatnya pada 9 malam nanti.


Kerajaan Perpaduan mencalonkan Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (BN) berentap dengan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu dan Naib Presiden Pas dalam merebut kerusi parlimen berkenaan.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page